Tuesday 23 April 2013

Besday Girl

21/4 besday aku yg ke** ..rahsia la..mana leh bgtau..makin tua sudah..tau tak sape orang first yg wish..meh aku bgtau..mesti la Mr. KNZ aku..dia wish pd 20/4/2013 jam 11.47mlm..awal gila kot dia wish..nampak sangat nak jadi orang pertama..dia wish awal pun sebabnya dia keje malam busy sikit la..orang atas nak turun katanya..tu yg dia wish awal2 tkut tak sempat nanti..dah aku plak yg merajok..

Pada 21/4/2013 jam 2.00 pagi Mr.KNZ call aku..siap nyanyi lagu appy besday to you lagi..sweet gak dia ni kadang2..dia buat hati aku melompat2 lak pagi2 buta..tadi kan tak sempat nyanyi just wish je..aku rsa waktu tu la yg paling lama aku gayut tepon ngan dia..lebih kurang dalam 40-45minit cam tu rrr..sebelum2 ni ckap tepon 5-10minit cam tu je..sebabnya dia ni jenis tak banyak cite sangat..aku je yg pot pet pot pet..pagi tu mungkin dia nak luangkn masa lebih untuk aku sempena besday aku kan..yela nak sambut sma2 memang tak dapat la..

Paginya lagi..pas aku bangun tido Sab merangkap roommate dan juga geng aku buatkan makaroni sardin..sedap Sab masak..kiranya dah boleh khawin la..



Pas tu malamnya plak..aku, Sab, Ayu, Miza, Zira & Dayah g makan kat Caesopia..kat situ chicken chop dia memang sedap..sedap hingga menjilat jari kaki la orang cakap..eh2 melampau lah plak kan..tak da la sampai cam tu..tapi baru 2kali aku g makan kat situ..puas hati juga la makan kat situ..malam tu aku tak tau lah plak kan dorang nak sambut besday aku..aku ingat g makan cam biasa2 je..aku tak da syak apa2 langsung..patut la Zira, Dayah & Miza g cari parking lama gila..bila aku call cakap g bandar amek duit.. rupa2nya dorang g beli kek..

ni la surprisenya..

aku terharu kot time tu..terima kasih banyak2 kat korang sebab sambut besday aku..dan terima kasih juga untuk korang sebab sentiasa ada waktu susah dan senang aku..aku doakn smoga korang pun dmurahkan rezeki, smoga berjaya dlm hdup korang dan sentiasa dberkati Allah..sorry tau kawan2 gambar korang tak da nak masukkan..

Saturday 20 April 2013

Lelaki Muda Daripada Perempuan

Sekarang aku rasa ramai juga la pempuan yg couple atau khawin ngan laki yg umur muda drpd pempuan..artis pun ada kan..yela cinta tak kenal usia kan..terima apa adanya..peduli la apa orang nak cakap..tapi aku tak nak la laki muda dari aku..aku sendiri pun tak tau apa sebabnya..mungkin aku tak penah nak cuba..eh2 gitu plak eik..

Masa zaman aku muda2 dulu..macam la sekarang ni dh tua sangat kan..waktu aku keje kat kedai kain..ada la sorang mamat ni umur 3tahun lebih muda dr aku dan muda juga dr adik aku tau..dia syok kat aku..ha ini bukan aku yang perasan lebih okay tapi budak2 yg keje sekali ngan aku bgtau kat aku yg mamat tersebut suka kat aku.. budak2 keje ni leh perasan sebabnya tengok mamat ni layan aku baik sangat mcm dah tangkap cintan..jenis aku ni plak buat tak tau je..anggap mcm kawan2..aku anggap apa yg  budak2 tmpt keje aku cakap tu hanya nk bgurau..aku memang tak leh la ngan budak muda dr aku..sorry la ye..

Lepas aku ngan mamat tu benti keje untuk sambung belajar..masing2 buat hal sendiri..lama juga la tak contact..tiba2 satu ari tu aku dapat call dr dia..dia cuba mengayat aku..aku mcm biasa la buat tak tau je..dan ari tu juga la..dia luahkan segala isi hati dia yg dh lama dia pendam dan disimpan dalam gua..aku hanya mampu mintak maaf kat dia sebab memang aku tak dapat terima dia lebih dr seorg kawan..

Bagi aku la kan ramai pempuan yg bercinta ngan laki muda ni tau sebab apa..sebabnya laki muda ni dia manja sangat..pempuan kan suka laki yg manja ni..buat apa pun suma nak sama2 je..dia pandai amek hati pempuan..cara dia layan pun mcm pempuan ni segala2nya untuk dia..dia jaga hati pempuan sebaik2nya dan cuba beri yg terbaik utk pempuan yg dia sayang..dia akan buat pempuan ni sntiasa happy je bila ngan dia..haaa sudah2 la syahira oi..ni saja je aku share tau..

Apa pun kepada pasangan yg laki muda dr pempuan ni..aku harap korang bahagia..trimalah pasangan kita apa adanya ye..umur tak jadi masalah pun..janji hati dan perasaan ikhlas menerima..






Friday 12 April 2013

Hey!!!

Aku, kak ngah dan sepupu aku, Nadia lepak2 dalam bilik..masing2 buat hal masing2 la..aku tengok muka buku,spupu aku sibuk juga tengok aku punya muka buku..kak ngah lak sibuk setting komputer dia.. Malam ni aku tido umah mak tam aku sebab esok pak tam aku nak hantar aku dan kak ngah ke Shahab Perdana..

Suasana lam bilik sunyi gila kot..sebab masing2 tak ada benda nak bawak bsembang..suma layan perasaan je..tiba2 kedengaran seperti orang nak pecah masuk rumah..dengar macam orang tendang pintu..hempas pintu punya la kuat..aku, kak ngah dan Nadia pun saling berpandangan..aku tengok kau..kau tengok aku..kami agak terkejut bercampur ngan cuak la..

Pas tu Nadia cuba beranikan diri keluar dari bilik..kat luar bilik memang gelap gila..hanya nampak samar2 cahaya dari luar..takut beb masa tu..Nadia mengendap dari celah pintu dan dia bersuara "Hey!!!" .. hanya kata2 tu je yang Nadia mampu..tapi tak ada sebarang jawapan pun.. Nadia terus tutup pintu..

Tiba2 pintu bilik kami terbuka..muka masing2 cuak..rupa2nya pak tam aku..dia tanya "bunyi apa tu?..bunyi kat mana?".. kami pun cakap la "kat depan".. pak tam aku pun g la tengok kat depan..dia tengok pintu dan pada masa yang sama kedengaran bunyi motor.. tokwan Talib keluar tunggang motor seperti mengejar sesuatu.. kami yang dalam bilik tadi pun tertanya2 apa yang terjadi..bunyi apa tadi tu..tokwan Talib g mna tu..kami hanya mengendap melalui pintu je..

Beberapa minit selepas mengendap tu..kami cuba tenangkan diri dan anggap macam tak da apa2 yang berlaku..kami pun berjalan masuk bilik..tiba2 kami terpandang sesuatu di sudut pintu belakang.. besen2 bertaburan..rupa2nya bunyi yang kedengaran seperti orang tendang pintu tu adalah besen2 yg jatuh ke lantai.. aku, kak ngah, Nadia dan pak tam punya la bantai ketawa kuat tengah2 malam ni.. kami suma ingat pencuri masuk umah dah td.. pdahal benda2 alah tu yg jatuh..mcm mna bolh jatuh tu tak tau la kami..

Tokwan Talib tadi dia hanya keluar g kedai kot..tak da kejar sape2 pun..tokwan Talib tu bapak mak tam aku..


Monday 8 April 2013

PJJ

Apa tu PJJ??.. dalam entri ni aku nak cakap pasal "Percintaan Jarak Jauh" okay..bukan pengajian jarak jauh..dalam bahasa omputehnya long distance love..haaa gitu.. PJJ ni macam sepasang kekasih ni sorang dok kutub utara..sorang lagi dok kutub selatan..eh2 mcm aku lah plak kn..

Aku dan Mr.KNZ dah berpacaran hampir 2tahun..berpacaran tau bukan berkenalan..kalau nak ikut kenal tu memang dah lama la..tapi kami dating baru 2kali je..keluar kul 2ptg..sebelum kul 5 dah balik..cukup la hanya sekadar keluar makan2, borak2 jap dan aku tengok kau,kau tengok aku bagi melepaskan rindu yg telah lama tersimpan di dalam peti ais..bak kata ayah aku "boleh pandang2 jangan pegang2"..

Kami memang susah nak berjumpa..yela aku cuti dia tak cuti..dia cuti aku plak yg tak cuti..maklum la org dah bekerja kan..busy je memanjang..Bila dah berjauhan ni.. enpon la jadi penghubung..tak kan nak pkai surat lak kan..berjanggut la aku tunggu nanti..kalau berhubung melalui facebook pun susah la..bila buang tebiat je kot akan guna muka buku tu..

Bagi aku la kan dalam percintaan jarak jauh ni kan..kepercayaan sangatlah penting..kepercayaan pun jangan la 100%..nanti ada yang tertipu lak..mesti ada sikit curiga..curiga ni tau sebab apa..sebab takut akan kehilangan..kalau tak percaya pun susah juga..ini akan membuatkan korang gaduh dengan pasangan korang..kejap2 gaduh..kejap2 gaduh..dah jd nyampah lak kan..

Kesetiaan dan kejujuran penting gak beb.. haa yg ni memang ramai yg susah nak buat especially lelaki..tapi tak semua la..maklum la masing2 dok jauh mesti sunyi kan..tak da teman nak ajak kuar..boleh nak berkawan tu tapi mesti kena tau la cara berkawan tu macam mna..jangan sampai hati berubah sudah..boleh jadi perang nanti..dah tiba2 ada musuh lak..

Korang mesti kena amek tau dan amek berat pasal pasangan korang..jangan la sampai pasangan terasa diri dia diabaikan..3 atau 4 hari sekali baru nak contact parah ooww..haa nanti bila pasangan dah angkat kaki blah dari hidup korang jangan nak ngada2 nangis dan menyesal lak..selalu contact pasangan..tapi tak bermakna korang kena contact 24hours..even 1mesej sehari pun dah cukup tanda korang masih ingat pasangan korang..

Bagi PJJ ni memahami pun kena ada..korang kena paham antara satu sama lain..kalau tak nak gaduh2 la..kalau korang suka gaduh2 tolong jangan jadi sorang yg memahami..aku tak suka gaduh2 ni..aku hanya nak Mr.KNZ paham macam mna aku sebagai sorang pelajar dan aku akan paham dia sebagai sorang yg dah bekerja..baru la hidup tenang dan happy je..

Kadang2 pun kena ada juga gaduh2 comel..gaduh2 manja..ni nak eratkan lagi hubungan..bukan gaduh besar2an atau perang tau..gaduh manja sebab pasangan korang tak nak mandi pagi ke, pasangan korang makan sambil sembur2 ke..ni hanya contoh yg melampau la..

Ni la cara aku dan Mr.KNZ eratkan hubungan kami walaupun kami susah nak jumpa..saje aku nak share..yela bukan semua orang boleh bertahan dengan percintaan jarak jauh ni..so, jaga pasangan dan hubungan korang baik2 okay..



Saturday 6 April 2013

Pergi Tak Kan Kembali

Aku kehilangan seorang lagi orang yang paling aku sayang..orang yang menjaga dan mendidik aku sejak aku umo 12 tahun sampai la aku menjadi siapa diri aku sekarang ni..tapi aku masih rasa tokwan ada lagi..Selepas ibu aku meninggal dia la ibu, dia la ayah, dia la tokwan, dia la sahabat..banyak pengorbanan tokwan untuk aku dan adik2 aku..Tokwan aku ni seorang yang tabah dan kuat semangat orangnya..tokwan jugalah tempat aku dan adik2 mengadu kasih..

Kali terakhir aku jumpa tokwan masa balik cuti sem 5..masa tu mak teh aku tak bagi balik sebab cuti kejap je..mak teh aku sruh duduk ngan dia kat K.K..tapi aku tetap nak balik kampung juga..da hikmahnya sebab aku bkeras untuk balik jg tengok tokwan..rupa2nya tu adalah kali terakhir aku tengok tokwan..masa nak balik ke Labuan aku salam dan cium tokwan..dan itu adalh kali terakhir..

Aku ingat lagi masa aku masuk form 6 dlu..aku tak da transpot nk g sekolah..lau naik bas xtau jam brapa basnya..disebabkn tokwan aku tak nak cucu dia susah..pas balik dari sekolah terus dia ajak aku g beli motor..waktu tu aku kecian sangat kat tokwan aku..yela kami ni bukannya orang senang sangat..lepas beli dia cakap kat aku "kalau ada duit nanti bayar la..kalau tak dak xpala..".. masa tu aku dah bertekad nak balas balik jasa tokwan aku..aku nak belajar sungguh2 dan masuk U..

Masa aku dapat sambung belajar pun tokwan aku la yang dahulukan duit dia untuk bayar yuran pengajian aku..kalau ikut aku memang aku tak nak g belajar dah sebab duit tak da dan masa tu ibu aku pun baru je meninggal..semangat aku hilang..rasa kosong..tokwan aku ckap "tak payah la pkir sangat pasal duit..p ja belajar..lgpun arwah ibu nak sangat tengok anak dia berjaya..nak plak U yg mmg ibu sruh hang mintak..".. bila aku dapat keje bagus..aku nak balas balik jasa tokwan dan masa aku plak berkorban untuk tokwan..tapi tak kesampaian juga dia telah pergi dulu..

Bila aku dah masuk U..aku telepon dia,mesti dia akan pantun camni..
ikan keli, ikan haruan,
jaga diri, ingat tokwan..

Hakikatnya aku rasa diri aku lemah, hilang semangat, aku tak mampu, aku hilang segala2nya..Suma orang yang aku sayang Allah dah ambil ibu,atok,mama,tokwan..ini adalah dugaan untuk aku..Allah tak kan bagi dugaan kalau hamba-Nya tak mampu..aku perlu kuat untuk hadapi semua ni..aku perlu kuat untuk adik2 aku..aku perlu sembunyikan rasa kesedihan aku drpd adik2 aku..

Terlalu banyak pengorbanan tokwan untuk aku dan adik2..klau nak crita memang tak kan habis..apa2pun trima kasih banyak2 tokwan atas segala2nya..semoga roh tokwan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yang beriman..


ni la tokwan aku..meninggal pada 27 Mac 2013..tokwan aku ni buta sejak zaman muda dia lagi..jasamu tetapku kenang..doaku sentiasa mengiringimu di sana..


*al-fatihah