Tuesday 26 March 2013

Bila Kau Mula Berkata

bila kau mula berkata,
kau je la yg betul..orang lain semuanya salah..

bila kau mula berkata,
kau akan sakitkan hati orang..

bila kau mula berkata,
ramai yg akan terasa dan berkecil hati..

bila kau mula berkata,
kau je la yang nak menang..tiada org lain sehebat kau..

bila kau mula berkata.
kau akan membuatkan orang sentap..

bila kau mula berkata,
ego kau setinggi langit..

________________________________________________________

diam itu adalah lebih baik..jangan menyakiti hati orang lain dengan kata2 kita..."be careful with your words. once they are said, they can only forgiven not forgotten.." terlajak perahu boleh diundur terlajak kata..say sorry k..

minta maaf adalah cara terbaik kerana luka dihati sukar diubati berbanding luka ditangan...



*aku minta maaf seandainya aku ada manyakiti hati korang dengan kata2 aku especially my friends..mana la tau tanpa aku sedar atau sedar aku dah sakitkan hati korang..I'M SORRY..aku akan cuba perbaiki diri.. 

Sunday 24 March 2013

I'm Done

Aku dah habis final year presentation!!!...
padahal present buknnya bagus sgt pun..kesah plak aku kn..tp dia punya nikmat bla dah hbis present..ppeerrrgghhhh mmg nikmat gua kata lu..rasa macam hilang satu beban berat yg selama ni dok kt atas bahu aku..rasa macam burung baru tlepas drpd sangkar pun da gak..sy sudah bebas..sy bebas dr segala2nyeww..bak kata Johan..

Jangan nk melampau sgt ye Syahira..ko bru lepas FYP je tau..ingat sem 6 tak habis lg..sedor diri sikit..ok!!

Apa2 pun aku nak ucap terima kasih banyak2 kt kawan2 aku..yg selalu bg support dan sentiasa da untuk aku..saya sayang kamu org.. 


Thursday 21 March 2013

Cara Baiki Hubungan

Entri ni atas permintaan Miss Samurai untuk sambungan entri "Perubahan".. Samurai ni nak tau macam mna aku boleh berbaik-baik ngan Mr. KNZ.. layankan aje la..

Aku rasa komunikasi la penting..thanks to maxis sebab tak buat hal masa aku nak setle masalah hubungan aku ngan Mr. KNZ..ha ini bukan iklan untuk promote maxis ye.. yela lau tak communicate macam mana la nk setle kan..kau diam aku pun diam..last2 nt ke laut je semua.. tp apa2 pun aku juga la yg mulakan dulu..aku mesej dia cmni..

aku: salam..buat ape?..busy ke?
knz: wasalam..x..ampa ok ke kt sna?
aku: kmi ok ja..erm..ampa sygkn kmi x?
knz: knp ampa tnya soalan cam tu??
aku: kmi tanya je..kmi nak ampa jujur n ikhlas dr ati n prsaan ampa..

pas tu terus dia call aku..mungkin sebab dia pelik kot sblum2 ni tak pernah pun aku tanya cmni..kami pun berbincang la secara baik,aman dan damai..mcm geli2 sikit ayat ni..kesah plak aku kn..tak da marah2 mcm Hulk, tak da tinggi2 suara mcm bagi arahan kawad..lau dia tinggi suara kat aku..aku cabut bulu kaki dia laju2..aku tak suka tau orang tinggi2 suara kt aku ni..kami bincang la apa yg patut dibaiki dan dibuat dlm hubungan kami ni..masing2 perbaiki kelemahan masing2 kan..last, dia pun mengaku apa yg trjadi ni sebab kelemahan dia..dan aku pun ada kelemahan aku sendiri..

Lepas letak call..aku pun mesej la dia..

aku: kmi mintk maaf psal td..kmi pun bukan sempurna sgt..
knz: xpe kmi fhm..kmi nk siap p keja plak..

Ha..ni pun penting juga..buang la EGO tu ke sungai..campak jauh2..bukan moto ego tau..kalau masing2 keras hati, tak nak mengalah..semua kau je la yg betul..memang merana la..

Ikhlas la terima sesorang tu apa adanya..terima seadanya kelamahan dan kekurangan sesorang tu..anggaplah kelemahan tu untuk motivate hubungan tu menjadi lebih baik..

Aku pun da belajar something ngn apa yg terjadi ni..jangan la pendam2 dgn apa yg dirasa..boleh bernanah dan berdarah hati..makdal(makan dalam) gitu ha.. tp jenis aku ni susah nak makdal dan buat tak tau je..tu yg boleh bertahan tu..susah la ini kawan kalau jenis yg mcm aku ni.. walau macam mna pun pempuan tu, hati dia terlalu lembut..perlu dijaga,perlu perhatian,perlu kasih sayang..



*ku pinang kau dengan bismillah.. :)

Tuesday 19 March 2013

Lelaki Sweet

Pempuan mna tak mo laki sweet ni kan.. Kalau aku pun aku nak laki sweet.. tapi tak nak la yang terlalu sweet sangat nanti kencing manihhh lak kang.. Lelaki yang sweet ni akan membuatkn pempuan cair macam aiskrim yg cair kat tengah panas..Cara dia layan akan membuatkan pempuan sentiasa senyum sorang2 dan tak berada di alam yang nyata..ala2 fairy tale gitu ha..

Pempuan akan mula berangan2 dan berada di atas tikar terbang untuk ke awan..melampau gila kn.. Laki sweet ni akan membuatkn pempuan lebih berseri-seri dan sentiasa happy..macam ada semangat gitu..*tiba2 teringat zaman tua2 muda2 dlu.. Dorang ni juga akan membuatkan  pempuan sentiasa ingat kat dorang..tau apa??..pempuan akan ingat kata2 laki sweet ni, pempuan akan ingat setiap perbuatan dorang, pempuan akan ingat apa2 je la yg sweet2..macam gula pasir, cadbury, gula batu..apa kena mengena entah.. oowwhhh..noooo..i'm melting..berangan je la kau nokkk..

Apa2 pun aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang..nak kata kayu sangat pun tak.. nak kata manihhh sangat pun tak..sebab takut aku kena kencing manihhh kot..sweet2 leyy..


gambo drpd En.Google
tengok gambo ni teringat masa makan banyak gula-gula..


Sunday 17 March 2013

Bahang Yang Kian Terasa

Bila fikir psal FYP... peeerrggghhh...nebes dia dah rasa macam nk kena present esok..mcm la tak penah present kn..Orang lain bolh buat tak kan aku tak bolh buat.. tapi susah oooww kalau ada darah gemuruh ni..Aku present 23/3/2013 lambat lg kan..InsyaAllah aku akan cuba yg terbaik..Sekarang aku tengah siapkan report yg nak kena submit ari Isnin ni..matai2..

Kalau sembang dgn member2 aku psal FYP pun aku dah mula rasa nebes tau..rasa bdebor2 je dada..kalah debornya masa bercinta.. eh2 gitu plak ye..

Aku ingat lg masa nk book tarikh & tulis tajuk utk present..time tu pun aku dah mula nebes tau..haiisshhh apa la ni kawan..selagi tak lepas tarikh keramat tu memang tak leh bernafas dgn tenang..

Aku harap nanti aku boleh control perasaan nebes tu.. tiba2 teringat kata2 Beto : nebes ni perasaan je cik kak oii.. perasaan boleh kawal.. 

Wednesday 13 March 2013

Perubahan

"SOMETIMES, WORDS ARE NOT ENOUGH
TO MAKE SOMEONE FEEL THAT YOU CARE FOR THEM..
SOMETIMES, IT NEEDS A LITTLE EFFORT
TO CONVINCE THEM THAT YOU REALLY CARE.."

Terima kasih kpd Mr.KNZ sebab dah lakukan perubahan yg telah dijanjikan itu.. ko dh buktiknnya..Aku hargai sangat2..I know you love me..tapi kadang2 nk juga perhatian lebih kan..nak juga selalu kongsi2 cerita..luahkn apa2 masalah..lau sebelum2 ni aku diam ko pn diam..busy je memanjang sampai tak ada masa pun untuk aku..apa2 pun aku tau ko setia.. trust & commitment important in relationship.. dh mcm customer relationship marketing plak kn..

Terima kasih juga kpd sesorng yg bagi cadangan utk baiki hubungn kami ni kan..walaupun sekarang kau menyesal..tu la bila niat dari awal dah tak elok..da la balasan yg Allah bagi..tapi aku tetap doakn kau bahagia..


*saje je letak gambau ni.. :)

Sunday 10 March 2013

Bikin Panas

Aku geram betul dengan seseorang yg macam ni..Mula-mula mesej okay je..selepas beberapa mesej..then, tiba2 dia diam, mesej pun tak balas. Bukak Facebook tengok seseorang yg tadi ni update status..
*tengok status kat muka buku sambil ketap bibir

Patut la tak balas mesej kan. Rupa-rupanya sesorang itu sedang bercomment2, berhuha-huha dan berhoray-horay di dalam muka buku. Apa perasaan korang kalau ada sesorang yg macam ni?..memang bikin panas kan.

Kalau seseorang ni ada depan mata aku, nak je aku campak handphone dia dalam laut. Biar padan muka dia dan padan muka aku juga..hahaha

Ibu & Ayah



Jagalah ibu dan ayah kita selagi mereka msh ada..Berbaktilah kepada ibu dan ayah kita..Jangan sesekali kita buat ibu kita menangis, kecewa dengan perbuatan kita. Kadang-kadang kita hebat di dunia ini kerana doa ibu dan ayah kita, tanpa doa mereka kita sebenarnya bukan siapa2.


inilah ratu hatiku..aku sayang ibu aku sangat2..

Ibu aku yang banyak bersusah-payah untuk kami adik beradik..terlalu banyak pengorbanan ibu untuk kami. Kami rindu sangat kt ibu..kami sayang ibu sangat2..


ini super hero aku..ayah aku..nmpak garangkn..
*abaikan budak senget sebelah tu..my sis

Ayah aku yg selalu memberi semangat dan dorongan kt kami adik beradik..selalu ambil berat pasal kami..selalu cuba berikan yg terbaik untuk kami..yg paling best pasal ayah aku ni dia xpernah rotan kami adik bradik tp marah tu ada la..

Sebenarnya aku rindu sangat2 kt ibu aku.Aku rindu nak pelok, nak cium, nak manja2, nak kongsi cerita ngan ibu & macam2 lagi la nak buat ngan ibu.Semenjak dua menjak ni adik2 aku selalu mengadu dorang rindukan ibu..adik2 aku nangis2 sbb rindukan ibu,sekali dengan aku la nangis. Ibu aku dah meninggal bulan 6 tahun 2010. Hanya Allah je yg tahu betapa sedihnya aku pd masa tu,hilang tempat bergantung..hilang tempat mengadu. Dia tak sempat pun tahu yg aku dapat belajar kat universiti. Aku masuk u ni pun atas berkat doa ibu.. Ibu nak sangat aku belajar kt UMS..alhamdulillah tercapai juga hasrat ibu. Ibu suruh aku belajar kt sini pun sebab dia teringin sangat nak datang ke Sabah tapi tak kesampaian.

"Ibu nak semua anak2 ibu berjaya dan  jd insan yg berguna..ibu teringin nak tengok anak2 ibu masuk universisti.." kata2 ibu untuk kami adik beradik

Kadang2 aku jelesss tau bila tengok kawan2 aku cakap tepon ngan mak dorang. Nak juga call dan panggil ibu tp aku nak call sape. Hanya doa je yang dapat aku hadiahkn utk ibu aku. 

*Al-fatihah utk ibu aku

Friday 8 March 2013

Budak Baru Belajar

hai.. uollss
I'm new here..maklum la masih belajar2 lg nk tulis blog ni..Aku ni bukan pandai sangat pn nk berblogging. Aku hanya buat blog ni macam e-diary aku je. Nak hias2 benda alah ni pun aku xreti lagi..hehehe. Aku belajar buat blog ni pun daripada kawan aku, Sabirah. Thanks to Sab.. 

*sokongan & tunjuk ajar drpd kawan2 yg dah lama b'blogging amat diperlukan =,=''