Saturday, 6 April 2013

Pergi Tak Kan Kembali

Aku kehilangan seorang lagi orang yang paling aku sayang..orang yang menjaga dan mendidik aku sejak aku umo 12 tahun sampai la aku menjadi siapa diri aku sekarang ni..tapi aku masih rasa tokwan ada lagi..Selepas ibu aku meninggal dia la ibu, dia la ayah, dia la tokwan, dia la sahabat..banyak pengorbanan tokwan untuk aku dan adik2 aku..Tokwan aku ni seorang yang tabah dan kuat semangat orangnya..tokwan jugalah tempat aku dan adik2 mengadu kasih..

Kali terakhir aku jumpa tokwan masa balik cuti sem 5..masa tu mak teh aku tak bagi balik sebab cuti kejap je..mak teh aku sruh duduk ngan dia kat K.K..tapi aku tetap nak balik kampung juga..da hikmahnya sebab aku bkeras untuk balik jg tengok tokwan..rupa2nya tu adalah kali terakhir aku tengok tokwan..masa nak balik ke Labuan aku salam dan cium tokwan..dan itu adalh kali terakhir..

Aku ingat lagi masa aku masuk form 6 dlu..aku tak da transpot nk g sekolah..lau naik bas xtau jam brapa basnya..disebabkn tokwan aku tak nak cucu dia susah..pas balik dari sekolah terus dia ajak aku g beli motor..waktu tu aku kecian sangat kat tokwan aku..yela kami ni bukannya orang senang sangat..lepas beli dia cakap kat aku "kalau ada duit nanti bayar la..kalau tak dak xpala..".. masa tu aku dah bertekad nak balas balik jasa tokwan aku..aku nak belajar sungguh2 dan masuk U..

Masa aku dapat sambung belajar pun tokwan aku la yang dahulukan duit dia untuk bayar yuran pengajian aku..kalau ikut aku memang aku tak nak g belajar dah sebab duit tak da dan masa tu ibu aku pun baru je meninggal..semangat aku hilang..rasa kosong..tokwan aku ckap "tak payah la pkir sangat pasal duit..p ja belajar..lgpun arwah ibu nak sangat tengok anak dia berjaya..nak plak U yg mmg ibu sruh hang mintak..".. bila aku dapat keje bagus..aku nak balas balik jasa tokwan dan masa aku plak berkorban untuk tokwan..tapi tak kesampaian juga dia telah pergi dulu..

Bila aku dah masuk U..aku telepon dia,mesti dia akan pantun camni..
ikan keli, ikan haruan,
jaga diri, ingat tokwan..

Hakikatnya aku rasa diri aku lemah, hilang semangat, aku tak mampu, aku hilang segala2nya..Suma orang yang aku sayang Allah dah ambil ibu,atok,mama,tokwan..ini adalah dugaan untuk aku..Allah tak kan bagi dugaan kalau hamba-Nya tak mampu..aku perlu kuat untuk hadapi semua ni..aku perlu kuat untuk adik2 aku..aku perlu sembunyikan rasa kesedihan aku drpd adik2 aku..

Terlalu banyak pengorbanan tokwan untuk aku dan adik2..klau nak crita memang tak kan habis..apa2pun trima kasih banyak2 tokwan atas segala2nya..semoga roh tokwan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yang beriman..


ni la tokwan aku..meninggal pada 27 Mac 2013..tokwan aku ni buta sejak zaman muda dia lagi..jasamu tetapku kenang..doaku sentiasa mengiringimu di sana..


*al-fatihah


4 comments:

  1. bertabah ya ira..

    semoga arwah tokwan ira ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman, insyallah..

    ira kuat. :)

    ReplyDelete
  2. Ira, semoga ko tabah. Doakan saja yang terbaik untuk arwah Tok Wan ang. kalau ang sayang dia, Allah lagi sayang dia.

    ko kuat kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye miza..tima ksh dengan kata2 semangat tu..

      Delete